TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH
PENGAWAS, PENGAWAS PSS, PENGAWAS SPBT, KETUA & PEN. KETUA KELAS
PERINGKAT SEKOLAH 2016
ANJURAN :
SK KUBOR DATU
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD NAZIR BIN MOHAMAD
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERINGKAT SK KUBOR DATU 2016
Bil.
|
Peristiwa
|
Skrip
|
1
|
Ketibaan ………………… …………………
|
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, ___________________________________________________ ________________________________________________________________________________________.
|
2
|
Kata aluan Pengacara Majlis
|
Sireh berlipat sireh pinang,
Sireh dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada
Yang Berbahagia, Tuan _________________________________________
Yang Dihormati, Puan Mazniwati binti Ayob, Tuan Guru Besar SKKD
Yang Berusaha, En. Wan Azmuddin bin wan Syaari, GPK Pentadbiran
Yang Berusaha, Pn. Hasmah binti Said, GPK Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha, En. Zamri bin Mat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
guru-guru, para pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT dan Ketua dan Penolong Ketua Kelas Peringkat Sekolah Kebangsaan Kubor Datu Jaya diberkati Allah s.w.t. ini.
|
3
|
Bacaan Doa
|
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Majlis dimulakan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Nik Saifuddin bin Salleh untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Nik Saifuddin bin Salleh atas bacaan doa sebentar tadi.
|
4
|
Ucapan 1
|
Anak Cina main gelombang,
Nampak dari Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.
Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berusaha Puan Mazniwati binti Ayob, Guru Besar Sekolah Kubor Datu, untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.
|
5
|
Ucapan Perasmi
|
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan ____________________________________, untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan ______________________________________, atas ucapan beliau sebentar tadi.
|
6
|
Penyampaian Watikah
|
Hadirin sekalian,
Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan penolong ketua kelas serta penyampaian cenderahati kepada penceramah program motivasi kepimpinan yang telah berlansung baru-baru ini
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput Pn. Mazniwati binti Ayob untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan __________________________, untuk menyampaikan watikah pelantikan.
Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________,
Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi pengawas SPBT sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi ketua kelas, dipersilakan _________________________________,
Bagi Penolong ketua kelas, dipersilakan _________________________________,
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
|
7
|
Bacaan Ikrar kepimpinan sekolah
|
Hadirin sekalian.
Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas, Sekolah Kebangsaan Kubor Datu bagi tahun 2016 ini. Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Adik _________________________________________, untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Majlis mempersilakan.
BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
|
5
|
Penyampaian Cenderamata
|
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa serta ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubor Datu untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan _______________________________________________________
Dipersilakan.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
|
6
|
Majlis Penutup
|
Mangkuk jorong pinggan jorong
Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan disimpan di dalam hati
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan ________________________Berusaha Pn. Mazniwati binti Ayob, Tuan Guru Besar SKKD, barisan guru-guru dan para pelajar sekaloan kerana telah memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini dengan jayanya.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Tuan __________________________________, Tuan Guru Besar, guru-guru untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin. Majlis mempersilakan.
Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
|
7
|
Sesi Fotografi
|
T A M A T
|
Tkasih cikgu. Saya mohon guna isi kandungan teks ye.
ReplyDeleteTerima kasih.Saya mohon guna isis kandungan teks..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian, mohon guna ya cikgu
ReplyDeleteTerima kasih..sy mohon guna
ReplyDelete