MAJLIS JOM KE SEKOLAH 2017

TEKS PENGACARAAN MAJLIS JOM KE SEKOLAH 2017

TEKS PENGACARAAN MAJLIS
PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017
ACARA
TEKS
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum WBT.

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis pelancaran Jom Ke Sekolah dan Penyerahan Peti Aduan Disiplin bagi tahun 2017.

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak di atas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan Bismillah pembuka acara.

Yang Dihormati Sub Inspektor Fauzi bin Mohd Ali, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD jeli

Yang berusaha puan mazniwati bt ayob, gb skkd.

Encik wan azmuddin bt wan ashari, Penolong Kanan Pentadbiran

Puan hasmah bt said, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik mohd ridzauddin b mohd nawi, Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Sekolah Kebangsaan kubor datu, dan murid-murid sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, dianugerahkan kesihatan yang baik untuk berkumpul dalam majlis pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan penyerahan Peti Aduan Disiplin bagi tahun 2017.

Buat pengetahuan semua,program pada pagi ini bertujuan untuk:
-          Meningkatkan peratus kehadiran murid ke tahap maksimum
-          Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid, terutamanya gejala ponteng, dan
-          Membugarkan kembali penggunaa Peti Aduan Disiplin Murid

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI PERAK DAN LAGU SEKOLAH.
Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, para hadirin dimohon berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu selamat sultan dan Lagu Sekolah.

*****************NYANYIAN LAGU********************

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Tetamu jemputan dan para guru dipersilakan duduk.


BACAAN DOA
Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menadah tangan, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.............untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************* Bacaan Doa************************

Amin Ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada .......atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

IKRAR MURID
Majlis menjemput adik mohd amer irfan bin hasdi untuk mengetuai bacaan ikrar murid.

*******************BACAAN IKRAR *********************

Terima kasih saudara mohd amer irfan bin hasdiMurid-murid dipersilakan duduk.

BACAAN PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA
Seterusnya, majlis mempersilakan yg dihormati, sub insp fauzi bin mohd ali untuk membacakan perutusan Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia sempena Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017. Dipersilakan.

***************** BACAAN PERUTUSAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada yg dihormati, sub insp fauzi bin mohd ali, diatas ucapan beliau td.

BACAAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Majlis mempersilakan pn mazniwati bt ayob, gb skkd untuk membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017. Dipersilakan.

***************** BACAAN PERUTUSAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada pn mazniwati bt ayob, gb skkd.

GIMIK PELANCARAN DAN PENYERAHAN PETI ADUAN DISIPLIN MURID
Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput yg dihormati, sub insp fauzi bin mohd ali,  untuk melancarkan gimik perasmian Program Jom ke Sekolah bagi tahun 2017.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kpd yg dihormati, sub insp fauzi bin mohd ali diatas pelancaram gimik perasmian sebentar tadi.

PENUTUP
Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya gimik perlancaran itu tadi, maka berakhirlah pelancaran Program Jom Ke Sekolah bagi Tahum 2017.

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,
Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment