TEKS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016
ACARA
|
TEKS
|
KETIBAAN PERASMI
NAZIR
|
Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG, Guru Besar, GPK dan tetamu-tetamu jemputan
|
ALU-ALUAN
SITI
NAZIR
SITI
SALUTASI
NAZIR
SITI
NAZIR
SITI
NAZIR
|
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam ukhuwah, salam muhibbah dan salam 1 Malaysia.
Kuntum melati tumbuh melata,
Burung merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum pembuka bicara,
Selamat datang hadirin semua.
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Yang Berbahagia En Sakri bin Razak
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kubor Datu
Yang Berusaha Puan Mazniwati binti Ayob
Guru Besar SKKD
Yang Berusaha En. Wan Azmuddin bin Wan Shaari
Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha Pn. Hasmah bt Said
Penolong Kanan HEM
Yang Berusaha En. Zamri bin Mat
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan AJK PIBG SKKD, para ibu bapa,murid-murid penerima anugerah, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKKD bagi tahun 2016.
Saya, MOHD NAZIR MOHAMAD dan saya, SITI MAHERAN BINTI MUSAmengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri |
BACAAN DOA
NAZIR
|
Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Nik Saifuddin bin Nik saleh
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.
Bacaan doa
Majlis mengucapkan terima kasih dengan bacaan doa itu tadi.
|
UCAPAN PERASMIAN
SITI
NAZIR
SITI
|
Hadirin sekalian,
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akademik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan Majlis kita pada kali ini. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Wan Azmuddin bin Wan Ashari, PK Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
(ucapan tamat)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dengan ucapan itu tadi.
|
ANUGERAH
PRA-SEKOLAH
NAZIR
|
Majlis Anugerah Kecemerlangan SKKD bagi tahun 2016 pada hari ini akan kita mulakan dengan MAJLIS GRADUASI PRA-SEKOLAH SK KUBOR DATU 2016 dan anugerah _________________________________________________Pra –sekolah.
Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
1. senarai nama murid pra-sekolah
2. Anugerah ____________________
Majlis mengucapkan terima kasih.
|
ANUGERAH
KEDUDUKAN DALAM KELAS
SITI
SIT&NAZIR
|
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kedudukan Dalam Kelas. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
TAHUN 1-6
KETIGA
KEDUA
PERTAMA
|
PERSEMBAHAN 1
NAZIR
|
Dari Kota Setia ke negeri Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati.
Dengan itu pihak majlis mempersilakan __________________________________
untuk membuat persembahan.
-persembahan-
Demikian persembahan tarian di bawah pimpinan____________________________. Majlis mengucapkan terima kasih.
|
ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK
SITI
SITI&NAZIR
PERSEMBAHAN 2
NAZIR
|
Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Terbaik Mata Pelajaran, untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
Terima kasih diucapkan.
Seterusnya, majlis akan diserikan lagi dengan acara pesembahan tarian yang kedua. Dengan itu pihak majlis mempersilakan ______________________________
untuk membuat persembahan tarian _______________.
-persembahan-
Demikian persembahan tarian dibawah pimpinan ………….
Majlis mengucapkan terima kasih.
|
ANUGERAH kedudukan kelas kafa
SITI
SITI & NAZIR
|
Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah kedudukan dalam Kelas KAFA. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
TAHUN 2
Ketiga
Kedua
Pertama
TAHUN 3CL
Ketiga
Kedua
Pertama
TAHUN 3CLP
Ketiga
Kedua
Pertama
|
ANUGERAH
KEHADIRAN PENUH
NAZIR
SITI
|
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kehadiran penuh sesi Pagi.
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
Seterusnya kita teruskan dengan penyampaian hadiah Anugerah kehadiran penuh kelas KAFA
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
|
PERSEMBAHAN 3
SITI
ANUGERAH PENGHARGAAN LINUS
NAZIR
SITI
NAZIR
SITI
NAZIR
|
Seterusnya, majlis akan diserikan lagi dengan acara pesembahan tarian yang kedua. Dengan itu pihak majlis mempersilakan ______________________________
untuk membuat persembahan tarian _______________.
-persembahan-
Demikian persembahan tarian dibawah pimpinan ………….
Majlis mengucapkan terima kasih.
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah penghargaan Linus
.
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
Seterusnya kita teruskan dengan penyampaian hadiah Anugerah pelajar terbaik UPKK 2016
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
Seterusnya kita teruskan dengan penyampaian hadiah Anugerah tokoh HEM 2016
(baca senarai nama)
Seterusnya kita teruskan dengan penyampaian hadiah Anugerah tokoh KOKURIKULUM 2016
(baca senarai nama)
Seterusnya kita teruskan dengan penyampaian hadiah Anugerah Pencapaian UPSR 2015
(baca senarai nama)
|
CENDERAHATI GURU TAHUN 6
SITI
|
Hadirin sekalian,
Cemerlangnya anak, kerana kasih ibu dan bapanya,
Gemilang mereka, kerana didikan para gurunya…
Majlis pada hari ini juga akan menyampaikan cenderahati kepada guru-guru tahun 6 yang telah banyak berkorban, jiwa dan raga demi anak watan. Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
|
PENUTUP
NAZIR
SITI
NAZIR
SITI
|
Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Kami berdua menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.
Terima kasih buat semua warga SKKD , rakan guru, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah kecemerlang SKKD 2015.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.
Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua
Pohon kenanga elok merimbun
Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya
Burung tekukur terbang rendah
Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai
Sekian.wassalam..
|
No comments:
Post a Comment